Pengajian Perdagangan



Matlamat

Sukatan pelajaran perdagangan Kursus Perguruan Lepas Ijazah digubal untuk melahirkan guru permulaan yang berkebolehan, berpengetahuan, berkemahiran dan berdikari supaya dapat melaksanakan pengajaran pembelajaran secara profesional berlandaskan nilai-nilai murni bagi mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Negara.

Pengajian Perdagangan juga bertujuan untuk melengkapkan guru permulaan dengan kemahiran-kemahiran keguruan supaya mereka mengetahui, memahami dan dapat mengaplikasikan prinsip-prinsip dan amalan-amalan positif dalam profesion perguruan. Ini dapat membantu pelajar menjadi insan yang bertanggungjawab, berpandangan jauh, rasional, bijaksana, yakin diri, amanah, jujur, berani menghadapi persaingan dan bijak membuat keputusan bagi menghasilkan individu yang
memiliki kesejahteraan diri dan berupaya mengisis wawasan negara.

 
Objektif

Pada akhir kursus guru pelatih dapat:

1. melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kepakaran yang perlu sebagai seorang pendidik

2. menambah pengetahuan ikhtisas keguruan dan meningkatkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran selaras dengan matlamat KBSM bagi mata pelajaran perdagangan

3. menambah pengetahuan dan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan perdagangan berpandukan teori dan amalan perniagaan

4. merancang dan mengaplikasi kaedah pengajaran yang sesuai dengan pembelajaran dan keperluan pelajar

5. menyediakan dan menggunakan sumber pengajaran pembelajaran dengan berkesan

6. menyampaikan pengetahuan secara lebih matang tentang konsep dan amalan perdagangan dengan berkesan

7. menyemai dan memupuk minat terhadap mata pelajaran perdagangan serta memperkembangkan ciri-ciri keusahawanan dalam diri pelajar

8. menyemai dan memupuk amalan nilai-nilai murni dan etika keguruan selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Negara

9. menyempurnakan tanggungjawab sebagai pendidik yang sentiasa mencari ilmu dan mengamalkannya bagi memenuhi tuntutan keperluan pendidikan perdagangan

10. menyedari, mematuhi serta melaksanakan dasar kerajaan dalam proses pembangunan ke arah pencapaian wawasan 2020
 
 
Kandungan Kursus

1. Bermula ambilan Jun 1995, guru-guru pelatih KPLI Unit Pengajian Perdagangan dijuruskan kepada satu pengkhususan sahaja berbanding dua sebelum ini. Kumpulan ini juga diperkenalkan dengan kursus elektif yang perlu diambil.

2. Sehubungan itu pengisian kurikulum turut dipertingkatkan untuk memenuhi keperluan. Kurikulum KPLI.

3. Bagi pengkhususan Perdagangan guru pelatih dikehendaki mengambil Mata Pelajaran Elektif Perakaunan atau Ekonomi

4. Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis (KBKK) merupakan mata pelajaran yang wajib diikuti oleh semua pelatih . KBKK dijalankan pada semester pertama sahaja.
 
 
Bidang/Tajuk Utama

Semester Pertama

1. Sejarah, Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Perdagangan
2. Asas kepada perdagangan
3. Unsur Perdagangan
4. Perniagaan dalam negeri
5. Perniagaan antarabangsa
6. Refleksi selepas praktikum fasa I (peringkat I)
7. Bantuan Perniagaan: Bank, Insurans, Promosi, Pengangkutan, Komunikasi dan Pergudangan
8. Strategi Pengajaran Perdagangan I
9. Pengurusan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran I
10. Refleksi selepas praktikum fasa I (peringkat II)
11. Penyelidikan dalam Perdagangan I

Semester Kedua

1. Keusahawanan
2. Pelaburan
3. Industri Desa
4. Konsumerrisme
5. Etika Amalan Perniagaan
6. Keusahawanan II
7. Pencukaian
8. Strategi Pengajaran Perdagangan II
9. Pengurusan Sumber Pengajaran Pembelajaran II
10. Pengujian dan penilaian dalam perdagangan
11. Penyelidikan dalam Perdagangan II
12. Refleksi selepas praktikum fasa II
 
 
Penilaian Kursus

Matapelajaran pengkhususan
 
Perkara
Peratus
Peperiksaan Bertulis
50
Kerja Kursus Berfotfolio
30
Taksiran
20
 

Matapelajaran elektif

Kerja Kursus / taksiran - 100%
 

Kemahiran Berfikir

Kerja Kursus / Taksiran - 100%

Semua peserta kursus diwajibkan lulus semua komponen dalam penilaian. Peserta kursus yang gagal mana-mana satu
komponen adalah tidak lulus keseluruhan penilaian dan dikehendaki mengulang.


Kembali