Kajian Tempatan
DPM Semester 4
Nota Ringkas Bahagian III
Tenaga Kerja Yang Beretika
Pengenalan
Selain daripada peraturan dan undang-undang, kehidupan manusia dibendung
oleh etika, terutamanya etika sosial sama ada dalam bentuk bertulis atau
tidak bertulis. Etika sosial dalam bentuk tidak bertulis telah wujud dalam
kehidupan manusia yang bertamadun sejaka dahulu lagi. Etika sosial yang
diterima pakai dalam kehidupan sesebuah masyarakat adalah etika yang pastinya
baik dan menjadikan masyarakat tersebut sebagai masyarakat yang maju serta
memiliki nilai-nilai kehidupan yang baik lagi mulia.
Boleh dikatakan bahawa setiap profesyen pekerjaan pula mempunyai etika
kerja yang tersendiri. Etika kerja bagi sesuatu profesyen itu biasanya
digubal oleh ahli-ahli di dalam profesyen tersebut bagi menjadi panduan
dan pegangan mereka dalam melaksankan tugas masing-masing. Setiap profesyen
menghendaki ahli-ahli mematuhi etika kerja yang digubal bagi meningkatkan
mutu dan prestasi kerja mereka. Selain daripada itu etika kerja digubal
dengan tujuan untuk meletakkan martabat sesuatu profesyen itu di tahap
yang tinggi sekali gus dapat meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap
mutu perkhidmatan yang diberikan oleh profesyen tersebut kepada masyarakat.
Etika Kerja Islam
Menurut Model Sistem Pengurusan Islam, etika kerja Islam mempunyai ciri-ciri
yang lebih universal yang terdiri daripada 17 perkara iaitu:
Sabar, Amanah, Ikhlas, Jujur, Cekap, Kreatif, Adil, Berdih,
Bersyukur, Tidak putus asa, Berakhlak, Dedikasi, Berdisiplin, Bertanggungjawab,
Tekun, Sederhana dan Telus.
Ciri-ciri etika kerja di atas sangat penting dan amat sesuai diamalkan
oleh setiap pekerja tidak kira dalam apa juga profesyen. Setiap pekerja
terutamanya umat Islam perlu menghayati dan mengamalkan nilai-nilai etika
kerja di atas bagi menjadikan dirinya sebagai insan yanng merupakan Khalifah
Allah di muka bumi ini. Sebagai insan yang dipertanggungjawabkan melaksankan
tugas Khalifah Allah, mereka perlu mempunyai akal, rohani, jasmani, dan
emosi yang mantap supaya dapat melaksanakan amanah Allah dengan sempurna
demi memperolehi keredaanNya di dunia dan akhirat.
Umat Islam perlu mengetahu bahawa setiap tugas atau pekerjaan yang dilaksanakan
bukan hanya sekadar mencari reseki untuk hidup tetapi perlu menjadikan
sebagai suatu ibadah. Di dalam Islam ibadat terdiri daripada ibadat umum
dan ibadat khusus. Melakukan pekerjaan yang baik lagi mulia dan tidak bercanggah
dengan syariat adalah tergulung dalam ibadat umum. Jika umat Islam dapat
mengahayati perkara tersebut, pasti mereka dapat melaksanakan apa sahaja
tugas yang dipertanggujawabkan kepada mereka sebagai pekerja dengan jujur,
cekap, amanah dan penuh bertanggungjawab. Mereka akan berasa takut dan
gentar kepada Allah jika mereka mengabaikan tanggungjawab dan tidak melaksanakan
tugas dengan sebaik mungkin.
Etika Kerja Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia
Bermula di awal tahun 1990-an, Perkhidmatan Awam di negara ini telah
mengalami reformasi secara besar-besaran di bawah pimpinan Ketua Setiausaha
Negara YB Tan Seri Ahmad Sarji Bin Abdul Hamid. Di bawah pimpinan beliau
berbagai perubahan dan pendekatan baru telah diperkenalkan bagi mematapkan
khidmat yang diberikan oleh setiap anggota dalam Perkhidmatan Awam melalui
Budaya Kerja Cemerlang.
Salah satu perubahan yang dibawa ialah menerapkan nilai-nilai murni
dan etika kerja yang positif. Pembentukan sikap dan nilai yang positif
itu sangat penting bertujuan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan
kelebihan bersaing di peringkat antarabangsa. Selaras dengan itu sebuah
buku bejudul "Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam" telah diterbitkan
dalam tahun 1991 untuk dijadikan rujukan oleh semua peringkat dalam Perkhidmatan
Awam Malaysia. Buku ini telah membantu mempertingkatkan kefahaman semua
anggota Pekhidmatan Awam mengenai nilai dan etika yang perlu dihayati dan
diamalkan.
Secara ringkas kandungan buku ini adalah terdiri daripada perkara-perkara
berikut:
-
Penerapan Nilai-nilai Islam
-
Konsep Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam
-
Budaya, nilai dan Etika dalam Pengurusan Organisasi Perkhidmatan Awam
-
Sistem nilai yang terkandung dalam peraturan-peraturan Perkhidmatan Awam
-
Etika kerja dalam konteks pengurusan organisasi dan
-
Penghayatan nilai-nilai murni dalam Perkhidmatan Awam
Pada tahun 1992, sebuah lagi buku diterbitkan berjudul "Tunggak Duabelas,
Penerapan Nilai, Norma dan Etika Perkhidmatan Awam". Buku ini diterbitkan
dengan tujuan untuk memantapkan lagi usaha-usaha penerapan nilai-nilai
murni dalam Perkhidmatan Awam di semua peringkat. Dua belas nilai murni
yang menjadi intipati buku tersebut ialah:
Menghargai masa bermaksud dapat menggunakan masa secara maksimum dalam
melaksanakan sesuatu yang berfaedah. Menepati masa adalah suatu tabiat
yang harus dibiasakan. Tabiat ini wujud hasil dari ketinggian maruah diri
dan adanya rasa hormat kepada orang lain. Ianya dapat dilaksanakan dengan
baik sekiranya seseorang itu mengamalkan catatan penggunaan masa setiap
hari.
-
Kekuatan Membawa Kejayaan
Kekuatan bererti memberi tumpuan kepada sesuatu kerja hingga selesai
dengan sempurna dan membawa kecemerlangan kepada agensi serta individu.
Keazaman dan kegigihan akan menjadikan kerja yang sukar berjaya dilaksanakan.
Kekuatan hanya akan lahir jika terdapat disiplin diri yang tinggi.
Kerja bukanlah suatu yang ringan malah bagi kebanyakan orang ianya
adalah merupakan perlakuan yang tiada hujungnya. Namun sekiranya kita mengambil
pendirian yang optimis, kita boleh menjadikan kerja itu sebagai sesuatu
yang menyeronokkan. Untuk itu, kerja harus dianggap dan dijadikan sebagai
ibadah, cabaran atau bidang pengkhususan yang dengan sendirinya akan menjadikan
kita pakar yang diiktiraf.
Kesederhanaan adalah sikap menolak keterlaluan sama ada dalam menetapkan
sesuatu peraturan, perbelanjaan dan sebagainya. Dalam menjalankan tugas
harian, sikap sederhana dalam percakapan, pergaulan, berpakaian dan lain-lain
adalah penting bagi meningkatkan kecekapan organisasi.
Peribadi seseorang adalah merupakan "the total personality". Ia merangkumi
perwatakan, sikap, perilaku, gaya dalam pergaulan, baik dalam organisasi
mahupun dalam masyarakat umum. Ketinggian peribadi seseorang mencerminkan
pemiliknya seorang yang berjiwa besar dan berakhlak tinggi.
Sifat baik hati akan mendorong seseorang itu mengamalkan nilai-nilai
positif yang lain seperti sopan santun, pemaaf, pemurah, bertimbang rasa,
kasih sayang, bersimpati dan suka membantu. Sifat ini akan dapat menjamin
kehormonian sesebuah organisasi. Seorang yang baik hati lebih mementingkan
penyelesaian masalah dari mencari siapa yang bersalah.
Sejarah telah membuktikan tentang betapa banyaknya tamadun yang membangun
lantaran pemimpin yang kuat, berani dan bijaksana. Pemimpin yang baik akan
mempengaruhi pengikutnya dari segi kepemimpinan, tunjuk ajar, akhlak atau
tutur kata yang mendatangkan kebaikan kepada orang lain. Oleh itu pengaruh
teladan yang positif boleh mendatangkan keuntungan kepada sesebuah organisasi.
-
Kewajipan Menjalankan Tugas
Tugas ialah tanggungjawab yang ditetapkan bagi seseorang yang hidup
bermasyarakat. Tugas seseorang itu akan terkumpul menjadi hasil yang besar
kepada sesuatu masyarakat yang akan menentukan untung rugi produktiviti
mereka. Tugas mesti dilakukan dengan cekap, cepat, berkesan dan sempurna.
Oleh yang demikian sesuatu tugas itu memerlukan pengurusan yang baik supaya
ianya dapat dikendalikan secara berkesan dalam mencapai matlamat yang telah
ditetapkan.
Berhemat adalah suatu sifat yang harus dipupuk sepanjang masa, bukan
sahaja berhemat dari segi wang bahkan dalam perkara-perkara lain seperti
masa, bahan dan penggunaan apa sahaja. Orang yang berhemat bolehlah dianggap
sebagai menghargai perkara atau benda-benda yang dicermatkan itu. Sikap
berhati-hati dalam membelanjakan sesuatu menunjukkan sesorang itu bertanggungjawab
terhadap bahan-bahan yang digunakan.
Kesabaran adalah sifat yang dipuji oleh semua agama. Orang yang sabar
menerima segala cabaran dengan tenang, memikirkannya denga teratur dan
tidak mudah berputus asa. Semangat ketabahan yang ada pada seseorang yang
sabar itu menunjukkan kewibawaannya dalam menjalankan tugas.
Bakat adalah sifat yang mendorong ke arah penciptaan, innovasi dan
penyelesaian masalah. Hal ini penting diperhatikan kerana persekitaran
sedia ada sering berubah. Oleh itu sebarang bakat, baik dari segi pentadbiran,
sains dan teknologi, kesenian dan lain-lainnya memberi manfaat kepada kehidupan
manusia.
Kepuasan adalah matlamat akhir bagi setiap usaha yang dilakukan oleh
manusia. Kepuasan yang paling ketara adalah apabila sesuatu ciptaan yang
dihasilkan mendatangkan manfaat kepada masyarakat dan negara. Penghayatan
terhadap nilai ini akan menggalakkan seseorang sentiasa mencari idea baru
dalam menyelesaikan masalah.
Ciri-ciri Tenaga Kerja Yang Beretika
Berdisiplin
Ketaatan
Beriltizam
Kecemerlangan
Tanpa Kecacatan
Kualiti
Persaingan di pasaran dunia
Implikasi Tenaga Kerja Yang beretika
Cekap, bersih dan amanah
Hasil kerja yang berkualiti
Menembusi pasaran antarabangsa
Mengekalkan martabat negara
TUGASAN
Jawab Semua Soalan:
-
Apakah yang dimaksudkan dengan etika kerja? Mengapakah setiap profesyen
pekerjaan mengadakan etika kerja untuk ahli-ahli mereka?
-
Bincangkan kenapakah disiplin penting bagi mencapai tahap kecemerlangan
didalam melaksanakan sesuatu pekerjaan.
BACK