Kajian Tempatan
DPM Semester 4
Nota Ringkas Bahagian II


Pembangunan Ekonomi Yang Berterusan -
Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)

Pengenalan

Program R & D adalah program yang amat penting dan perlu diberi perhatian oleh semua sektor ekonomi bagi memastikan bahawa hasil keluaran (produk) dan perkhidmatan yang ditawarkan dapat terus tumbuh dan mengekalkan persaingan sama ada di dalam mauhupun di luar negara, serta untuk memastikan bahawa pembangunan ekonomi negara menjadi mantap dan berterusan menuju ke arah sebuah negara perindustrian menjelang 2020.

Menyedari tentang keperluan tersebutlah di dapati bahawa kerajaan dan juga sektor swasta telah memperuntukkan perbelanjaan yang agak besar bagi melaksakan program tersebut. Sebagai contoh kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM400 juta dalam Racangan Malaysia ke 5 dan meningkkat peruntukan kepada RM600 juta dalam Rancangan Malaysia ke 6. Kerajaan juga berhasrat menghasilkan 1,000 oeang ahli sains dan teknologi bagi setiap 1 juta penduduk menjelang tahun 2000.

Kepentingan R & D

Institusi-institusi R & D Kerajaan

Malaysia Institute of Microelectronic System (MIMOS)

Ditubuhkan pada tahun 1985 di bawah Jabatan Perdana Menteri dan telah dipindahkan menjadi sebuah agensi di Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar pada bulan November 1990. MIMOS bertanggungjawab membantu melaksanakan R & D kepada industri elektronik tempatan supaya menjadi lebih competatif dan inovatif.

Malaysian Agriculture Research and Development Institute (MARDI)

Telah diluluskan penubuhannya oleh Parlimen pada tahun 1969 dan mula beroperasi dalam tahun 1971. Bertanggungjawab melaksanakan R & D dalam sektor pertanian.

Standard and Industrial Institute of Malaysia (SIRIM)

Sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, ditubuhkan pada tahun 1975 di bawah Akta SIRIM (Incorporation) 157. Bertanggungjawab melaksanakan R & D dalam pelbagai disiplin.

Palm Oil Research and Development Board (PORIM)

PORIM telah diwujudkan pada awal tahun 1979 di bawah Kementerian Perusahaan Utama. Ia bertanggungjawab merancang dan melaksanakan penyelidikan berakitan minyak sawit dan kelapa sawit.

Forest Research Institute of Malaysia (FRIM)

Fungsi FRIM adalah dibawah garis panduan yang disediakan oleh Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Hutan Malaysia (MFRDB). MFRDB telah diwujudkan di bawah Akta MFRDB 1985, hasil daripada penyusunan semula Institut Penyelidikan Hutan (FRI). FRI pada asalnya adalah sebuah unit di Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia yang bertukar menjadi sebuah badan berkanun yang dikenali sebagai Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM). FRIM adalah bertanggungjawab kepada MFRDB yang diletakkan di bawah Kementerian Perusahaan Utama.

Malaysian Science and Technology Information Centre (MASTEC)

Pusat ini telah ditubuhkan dalam tahun 1993 dan diletakkan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. Pusat ini bertanggungjawab menyelidik dan membantu dalam pembentukan polisi penganalisaan sains dan teknologi.

Malaysian Institute for Nuclear Technology Research (MINT)

Merupakan sebuah institut penyelidikan teknologi nuklear terunggul di negara ini yang diletakkan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. Ia bertanggungjawab memperkenal dan mempromosikan penggunaan sains nuklear dalam pembangunan negara.

Malaysian Rubber Research and Development Board (MRRDB)

Sebuah agensi kerajaan di bawah Kementerian Perusahaan Utama, yang bertanggungjawab dalam penyelidikan, promosi, dan pembangunan teknikal industri getah asli Malaysia. Ia bertanggunjawab menjalankan penyelidikan yang intensif melalui pusat-pusat penyelidikannya iaitu Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM) dan Persatuan Penyelidikan Pengeluar-pengeluar Getah Malaysia (MRPRA).

Malaysia Centre for Remote Sensing (MACRES)

Sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar yang ditubuhkan pada tahun 1988 dan dirasmikan pembukaannya pada bulan September 1990. Pusat ini dilengkapi dengan perisian dan perkakasan komputer yang canggih untuk pemerosesan imej data setelit dan sistem maklumat geografi. Objektif MACRES ialah untuk membangunkan "space remote sensing" dan teknologi yang berkaitan dengan pengoperasian dan penggunaan pengurusan sumber dan persekitaran, serta perancangan strategik negara.

Technology Park Malaysia (TPM)

TPM diwujudkan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar yang dipertanggunjawabkan untuk membangunkan teknologi rakyat tempatan ke arah perindustrian. Objektif utama TPM ialah untuk membolehkan hasil penyelidikan dan inovasi yang dijana oleh organisasi penyelidikan awam dan swasta negara dikomersilkan.

Tumpuan adalah terhadap promosi industri berteknologi tinggi dan koleberasi aktif antara industri, agensi kerajaan, institusi penyelidikan dan institusi akademik ke arah mempromosikan perpindahan teknologi.

Kulim Hi-Tech Park (KHTP)

KHTP adalah sebuah taman teknologi terulung di Malaysia yang dibangunkan secara bersama oleh Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Kedah. Taman ini telah dirancang dan direkabentuk dengan teliti dengan bantuan Japan International Cooperation Agency (JICA), sebuah organisasi yang luas pengalaman dalam pembangunan industri. Infrastuktur fasa pertama taman ini seluas 250 hektar telah di siapkan pada tahun 1994. Keseluruhan taman teknologi ini seluas 1,450 hektar telah dirancang dengan kerangka persekitaran bagi memenuhi aktiviti teknologi tinggi pembuatan, latihan dan R&D bagi memenuhi cara hidup moden yang sihat.

Department of wildlife and National Parks (PERHILITAN)

Jabtan ini ditubuhkan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. Misi jabatan ini ialah untuk mewujudkan satu institusi yang cekap dan berkebolehan dalam mengurus dan memelihara kemampanan kepelbagaian habitat dan spisis di Semenanjung Malaysia. Fungsi jabatan ini melibatkan penyelidikan spesis hidupan liar dan habitat, program penyelidikan dan pendidikan di zoo dan pemeliharaan pusat pembiakan haiwan.

National Hydraulic Research Institute of Malaysia (NAHRIM)

NAHRIM telah diwujudkan pada bulan September 1995 di bawah Kementerian Pertanian. Objektifnya ialah untuk memberi perkhidmatan sebagai pusat kecemerlangan di dalam penyelidikan kejuruteraan hidrolik ke arah memenuhi keperluan pembangunan berkaitan air di sektor awam dan swasta.

 

Malaysia Sebagai Pusat R&D dan Saians & Teknologi
Dapatkan maklumat mengenai tajuk ini pada link di bawah.
Dapatkan maklmat lanjut mengenai R&D

 


TUGASAN II

Jawab Semua Soalan

1. Senaraikan sebanyak mungkin jenis-jenis barangan hasil daripada program R & D negara kita.

2. Huraikan bagaimana R & D dapat membantu pembangunan ekonomi yang berterusan boleh diwujudkan di negara ini.

3. Huraikan peranan R & D ke arah merelisasikan Wawasan 2020

 


BACK