Pendidikan Bertaraf Dunia,
Abd Hamid Ahmad.
Masalah Kemiskinan, Chik
Lat.
Tanggungjawab
Sosial Perniagaan, Abd Hamid Ahmad.
Pembelajaran Koperatif,
Abd Hamid Ahmad.
MS ISO 9000 Di Sektor
Awam, Abd Hamid Ahmad.
Memaksimumkan
Penggunaan Otak, Abdullah Ariffin.
Mengapa Pengguna Perlu Dilindungi?
Azizan Saleh.
Ledakkan Teknologi Maklumat,
Abd Hamid Ahmad.
Analisis Titik Pulang Modal:
Satu Alat, Abd Hamid Ahmad.
Teknologi Maklumat Sebagai
Sumber Kekuatan Ummah, Abd Hamid Ahmad.
Jaringan Maklumat Tanpa
Sempadan, Abd Hamid Ahmad.
Antara matlamat Kementerian Pendidikan adalah untuk menjadikan pendidikan
di negara ini "bertaraf dunia". Ini merupakan
satu reformasi bagi menghadapi alaf baru. Reformasi pendidikan ini
amat perlu disegerakan kerana segala perubahan yang
berlaku amat pantas terutamanya di dalam era teknologi maklumat.
Kementerian Pendidikan kini telah banyak melaksanakan perubahan. Segala
dasar dan perubahan yang diperkenalkan menuntut
seluruh kaum pendidik memahami, menghayati dan melaksanakanya dengan
sebaik mungkin. Ini bermakna di bahu kaum
pendidiklah dipertanggunjawabkan tugas berat bagi merelisasikan segala
perubahan yang di bawa.
Persoalan sekarang ialah mengapa kita perlu menjadikan pendidikan Malaysia
bertaraf dunia? Apakah selama ini taraf
pendidikan kita cukup berkualiti bagi mencapai taraf dunia? Apakah
pula kreteria-kreteria kualiti dan penentu-penentu lain yang
diperlukan dalam sistem pendidikan untuk menjadikannya bertaraf dunia?
Langkah permulaan kerajaan bagi menjadikan pendidikan negara bertaraf
dunia ialah dengan menubuhkan Universiti Islam
Antarabangsa dan menggalakkan penubuhan institusi-institusi pengajian
tinggi swasta dari luar negara atau dalam negara. Pada
tahun lepas Parlimen Malaysia telah meluluskan Akta Pendidikan Tinggi
Swasta bagi memastikan pihak swasta mewujudkan
pusat-pusat pengajian tinggi. Ianya bertujuan memberi peluang kepada
lebih ramai rakyat negara ini dan rakyat asing
melanjutkan pelajaran di negara ini.
Kehadiran ramai pelajar dari negara-negara asing di UIA merupakan satu
petanda awal bahawa kita berupaya mewujudkan
pusat kecemerlangan ilmu di peringkat serantau mahupun di peringkat
antarabangsa. Sekali gus hal ini diharap dapat
meningkatkan aliran kemasukan wang ke dalam negara dan dapat membaiki
imbangan pembayaran negara.
Bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan institusi pengajian tinggi
kerajaan juga sedang giat menjalankan kajian bagi
menswastakan beberapa institusi pengajian tinggi sedia ada. Melalui
konsep penswastaan adalah diharapkan institusi pengajian
tinggi swasta dapat memberi perkhidmatan yang lebih berkesan dan mempertahankan
kualiti pengajian tinggi. Keupayaan pihak
swasta, terutamanya dari negara-negara tertentu dalam bidang pendidikan
berkualiti tinggi, sudah lama terbukti.
Penggubalan Akata Lembaga Akreditasi Negara 1996 (LAN), bagi mengadakan
peruntukan-peruntukan khusus untuk
menentukan piawaian dan kualiti kursus-kursus pengajian yang dijalankan
di institusi-institusi pengajian tinggi swasta dan awam
adalah satu bukti kesungguhan Kementerian Pendidikan menjadikan Malaysia
pusat kecemerlangan pendidikan tinggi di rantau
ini.
Kerajaan juga berusaha untuk mendapatkan pengiktirafan kualiti MS ISO
9000 dalam sektor Perkhidmatan Awam. MS ISO
9000 adalah satu standard sistem pengurusan berkualiti, yang merupakan
satu panduan kepada organisasi untuk meningkatkan
proses kerja. Sektor pendidikan juga boleh memperolehi pengiktirafan
ini, bagi memastikan kualiti perkhidmatan yang diberikan
kepada pelanggan adalah sentiasa tinggi.
Selain daripada institusi pengajian tinggi, semua peringkat pendidikan
di seluruh negara, sudah sampai masanya memastikan satu
tahap kualiti yang sewajarnya dilaksanakan. Hal ini terbukti apabila
sebuah sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah
pertama di Negeri Perlis telah berjaya memperolehi sijil pengiktirafan
MS ISO 9002. Ini membuktikan bahawa sektor
perkhidmatan pendidikan juga berkeupayaan meningkatkan kualiti sistem
pengurusan dan proses kerja mereka.
Adalah dirasakan bahawa kepastian tahap kualiti yang tinggi di peringkat
persekolahan rendah dan menengah merupakan
penentu kesinambungan tahap kualiti yang ingin dicapai di peringkat
institusi pengajian tinggi di negara ini. Perkara ini penting ke
arah memertabatkan sistem pendidikan negara supaya bertaraf dunia.
Oleh hal yang demikian seluruh kaum pendidik hendaklah merobah pandangan
dan persepsi mereka terhadap
perubahan-perubahan yang berlaku. Mereka juga perlu mempunyai pandangan,
visi, wawasan dan keterampilan bagi
menghadapi cabaran alaf akan datang. Oleh yang demikian kaum pendidik
wajarlah mempunyai ciri-ciri kecemerlangan dan
melakukan anjakkan paradigma bagi membolehkan mereka diiktiraf, sekali
gus menjadikan kualiti pendidikan negara bertaraf
dunia.
Bibliografi
Abu Bakar Nordin, 1994. Reformasi Pendidikan Dalam Menghadapi Cabaran 2020, Nurin Enterprise, Kuala Lumpur.
Chek Mat, 1996. Pengurusan Berkualiti Dalam Perkhidmatan, Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.
Tajul Ariffin Bin Nordin, 1992. Pendidikan Dan Wawasan 2020, Arina Ilmu Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.
Wan Mohd Zahid Mohd Nordin, 1993. Wawasan Pendidikan Agenda Pengisian, Nurin Enterprise, Kuala Lumpur.
Salah satu masalah pokok ekonomi di dunia ketiga hari ini ialah masalah
kemiskinan yang sentiasa wujud bersama-sama
manusia di sepanjang sejarah kehidupan mereka. Namun manusia sendiri
tidak dapat merasai tekanan kesusahan akibat
kemiskinan itu kecuali secara beransur-ansur dengan cara bertambahnya
keperluan yang hendak dicapainya mengikut kadar
perkembangan dan kemajuan hidup. Oleh itu manusia pada zaman dahulu
walaupun mempunyai sumber pendapatan yang
sedikit, tidak merasai kesusahan akibat tekanan kemiskinan kerana keperluannya
yang begitu kecil dan juga kerana
pengetahuannya yang sangat sempit.
Oleh itu masalah kemiskinan adalah satu masalah yang relatif serta berbeza
mengikut keadaan masa dan tempat. Memang tidak
diragukan bahawa seseorang yang miskin pada zaman ini dipandang sebagai
orang kaya pada zaman lampau. Demikian jugalah
seseorang yang sederhana taraf hidupnya di Mesir atau India dipandang
sebagai seorang yang miskin berbanding dengan
seorang yang sederhana taraf hidupnya di Amerika atau pun Perancis.
Masalah kemiskinan telah sampai ke kemuncaknya secara perlahan-lahan
pada zaman kita sekarang. Hal ini berlaku kerana
kemudahan perhubungan di antara sesama manusia dan lahirnya ciptaan-ciptaan
baru serta bertambahnya kesedaran sosial.
Jesteru itu petani di desa yang mempunyai taraf ekonomi yang tertutup
tidak dapat merasakan kemiskinan hidupnya kecuali
sesudah ia mengadakan hubungan dengan keadaan di bandar. Umpamanya
masyarakat Yaman sebelum wujudnya hubungan
terbukanya dengan dunia luar iaitu dalam era kehidupan secara terpencil
daripada masyarakat dunia, mereka tidak dapat
merasakan keadaan kemiskinan dan kemundurannya.
Sebenarnya masalah kemiskinan bukanlah terletak pada keadaan tidak berupaya
dan lapar atau kekurangan sumber
pendapatan tatapi sebenarnya terletak pada wujudnya perbezaan yang
berlebihan daripada segi kekayaan dan pendapatan
sama ada di antara individu dengan individu lain di peringkat masyarakat
setempat, ataupun di antara negara dengan negara lain
di peringkat antarabangsa. Dengan demikian, kemiskinan bukanlah bererti
tidak mampu langsung memenuhi secara mudah dan
sederhana tahap keperluan asasi, tetapi tidak seimbangnya kehidupan
dengan taraf yang wujud dalam masyarakat itu.
Seseorang (atau sebuah negara) yang miskin ialah sesorang (atau sesebuah
negara) yang hidup dalam suatu taraf yang
dipisahkan oleh jurang yang dalam dengan taraf kehidupan yang dihayati
oleh masyarakat setempat atau antarabangsa.
Kesimpulannya dapatlah dirumuskan bahawa masalah kemiskinan wujud akibat
ketidakseimbangan pengagihan kekayaan dan
pendapatan di antara individu. masyarakat atau negara. Dengan kata
lain, masalah ini merupakan masalah umat manusia yang
susunan ekonominya tidak betul.
Pengenalan
Badan-badan perniagaan dan badan-badan korporat yang berjaya biasanya
terdiri daripada mereka yang beroperasi di
persekitaran yang menyokong dan membantu kemajuan perniagaan. Sokongan
padu pekerja, pelanggan, orang ramai,
masyarakat dan kerajaan terhadap perkembangan dan kemajuan badan-badan
berkenaan merupakan faktor kritikal. Tanpa
sokongan kerajaan dan persekitaran politik yang memberangsangkan tidak
mungkin pertumbuhan dan kemajuan perniagaan
boleh dicapai seperti yang dialami pada masa kini.
Oleh hal yang demikian badan perniagaan dan badan korporat di negara
kita perlulah melihat ke belakan dan menyedari hakikat
bahawa tanpa sokongan dan kerjasama kerajaan serta masyarak di sekitar
mereka, mungkin mereka tidak akan berjaya.
Sebagai menghargai jasa kerajaan dan masyarakat, mereka perlulah melihat
kembali apakah peranan atau tanggungjawab sosial
yang boleh dilaksanakan terhadap masayarak.
Tanggungjawab Sosial
Tanggungjawab sosial adalah merupakan tanggungjawab moral yang perlu
dipikul oleh perniagaan terhadap kepentingan
masyarakat di mana perniagaan tersebut menjalankan operasinya. Tanggungjawab
dan kewajipan ini meliputi badan-badan
korporat terhadap masyarak yang lebih menyeluruh dan tidak hanya terhad
kepada peruntukan undang-undang atau
kontrak-kontrak lain di antara pengurusan dengan wakil persatuan-persatuan
sekerja.
Sebenarnya sesebuah perniagaan mempunyai kewajipan ke atas beberapa
kumpulan anggota masyarakat antaranya ialah
pemegang-pemegang saham (pemilik perniagaan), pelanggan-pelanggan dan
pengguna, pesaing-pesaing, pekerja-pekerja dan
staf, pemiutang-pemiutang, masyarakat tempatan dan kerajaan.
Kenapa Tanggungjawab Sosial
Antara sebab-sebab kenapa perniagaan perlu memahami peranan atau tanggungjawab sosial ialah:
Badan-badan perniagaan dan badan-badan korporat yang memahai dan dapat
melaksanakan tanggungjawab sosial, pasti
berupaya mewujukan imej positif di kalangan masyarakat. Imej positif
inilah akan membantu mereka meraih kekayaan hasil
daripada keuntungan perniagaan yang meningkat berlipat kali ganda.
Dengan hasil keuntungan yang diperolehi, pasti
badan-badan perniagaan mampu memperuntukkan sebahagian kecil daripadanya
untuk disalurkan bagi melaksanakan
tanggungjawab sosial.
Tanpa sokongan masyarakat, persekitaran perniagaan yang sesuai dan dasar-dasar
kerajaan yang menyokong kemajuan
perniagaan, pastinya kepesatan kemajuan perniagaan tidak dapat dinikmati.
Oleh itu sedikit pengorbanan yang dilakukan bagi
melaksanakan tanggungjawab sosial akan dapat membalas jasa-jasa masyarakat
dan kerajaan yang selama ini telah banyak
membantu dan menyokong perniagaan berkembang.
Bibliograf
Dr Wan Mohamad Ghazali Wan Abdullah, 1989, Pemasaran, Biroteks ITM, Shah Alam, Selangor.
KOTLER, Philip, 1970. Marketing Management, Prentice-Hall, New Delhi.
KOTLER, Philip, 1986, Principles of Marketing, Prentice-Hall, New Delhi.
McCARTY, E JEROME, 1978, Basic Marketing, Richird D. Irwing, Inc.Homewood, Illinois.
Pelbagai pendekatan, teknik dan kaedah pengajaran perlu dipelajari dan
dikuasai oleh guru-guru, terutamanya guru-guru pelatih
yang menjalani latihan perguruan di institusi latihan perguruan. Penguasaan
berbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran
penting bagi membolehkan mereka menjadi seorang pendidik yang berkebolehan
dan berketerampilan dalam melaksanakan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Mempelbagaikan teknik dan kaedah pengajaran dan pembelajaran adalah
menjadi satu perkara penting dalam usaha
meningkatkan keberkesanan pengajaran. Salah satu daripada kaedah pengajaran
yang boleh digunakan oleh guru ialah
Pembelajaran Koperatif (Cooperative Learning). Esei ringkas ini akan
membincangkan tajuk di atas, untuk dimanfaatkan oleh
guru-guru.
Pembelajaran Koperatif ialah satu instrumen yang melibatkan pelajar
bekerja atau belajar dalam satu pasukan ke arah mencapai
sesuatu matlamat, dengan kondisi-kondisi tertentu. Antaranya ialah:
Pembelajaran koperatif adalah satu kaedah pengajaran yang melibatkan
perbincangan murid-murid dalam pasukan/kumpulan
tertentu. Perbincangan melalui kaedah ini adalah berbeza daripada kaedah
perbincangan biasa. Bilangan pelajar di dalam setiap
kumpulan tidak boleh terlalu ramai dan tidak juga terlalu kecil. Bilangan
yang dikatakan sesuai ialah antara tiga hingga lima
orang.
Sebelum kaedah ini dilaksanakan guru haruslah menyediakan bahan pembelajaran
yang mencukupi untuk dibincang atau
diselsaikan. Jika terdapat empat pasukan dengan empat orang ahli setiap
pasukan dibentuk, ini bermakna guru mesti
menyediakan empat bahan yang berlainan.
Setiap pasukan diberi identiti katakan A, B, C dan D. Setiap ahli
dalam setiap pasukan juga diberi nombor katakan 1, 2, 3 dan
4. Setelah proses itu selesai pasukan baru akan dibentuk yang ahlinya
terdiri daripada (A1,B1,C1,D1), (A2,B2,C2,D2),
(A3,B3,C3.D3) dan (A4,B4,C4,D4). Setiap pasukan baru inilah akan diberi
satu bahn untuk dibincang atau diselesaikan.
Setiap orang dalam setiap pasukan dikehendaki memahami dan menguasai
segala permasalahan dan penyelesaiannya dengan
bersungguh-sungguh sebab mereka betanggungjawab pula menerangkannya
kepada ahli-ahli lain di dalam pasukan asal mereka.
Setelah selesai perbincangan atau penyelesaian masalah dalam pasukan
tadi, setiap pasukan dikehendaki membuat
pembentangan di mana salah seorang ahli pasukan akan melaksanakannya.
Hasil pembentangan ini akan mengukuhkan lagi apa
yang di bincangkan dalam pasukan sebelum ini. Selesai sesuatu pembentangan,
digalakkan interaksi, soal jawab atau
perbincangan antara pasukan mahupun antara pelajar berlaku.
Kaedah pembelajaran ini dikatakan lebih baik daripada kaedah pembelajaran
tradisional kerana ianya lebih menyeronokkan
dan dapat juga meningkatkan motivasi, akauntabiliti, tanggungjawab
dan kesungguhan pelajar dalam melaksanakan sesuatu
tugasan yang diberi. Pelajar juga berasa lebih bertanggungjawab kerana
mereka mempunyai matlamat pasukan yang hendak
dicapai bersama. Ia juga di katakan dapat menjimatkan masa proses pembelajaran
pelajar dan juga masa guru kerana guru
tidak perlu menerangkan semua isi pelajaran sebagai mana yang dilakukan
dengan kaedah pengajaran tradisional.
Pembelajaran koperatif ini amat sesuai diamalkan, kerana ianya memenuhi
kehendak-kehendak dan amalan pengajaran dan
pembelajaran KBSR dan KBSM. Guru hanya berperanan menyediakan bahan-bahan
pembelajaran yang sesuai dan bertindak
sebagai fasilitator dalam proses pembelajaran. Pembelajaran koperatif
adalah lebih berpusatkan pelajar.
Sektor swasta dan awam di negara kita sedang berlumba-lumba untuk mendapatkan
sijil pengiktirafan MS ISO 9000. Hakikat
ini ternyata benar kerana bagi sektor industri, pengiktirafan ini penting
untuk membolehkan produk keluaran mereka dieksport
ke negara-negara Eropah tetentu, telah mensyaratkan syarikat-syarikat
pengelur berkenaan mempunyai pengiktirafan MS ISO
9000. Dengan kata lain pengiktirafan MS ISO 9000 adalah penting kepada
syarikat-syarikat swasta bagi menentukan servival
operasi mereka pada masaha hadapan.
Bagi sektor awam pula, pengiktirafan ini penting sebagai menandakan
pengurusan mereka adalah berkualiti dan sentiasa
memenuhi kehendak pelanggan seperti yang dijanjikan di dalam piagam
pelanggan masing-masing. Kesungguhan sektor awam
dalam usaha memperolehi sijil pengiktirafan MS ISO 9000 memang perlu
dipuji dan patut diberi sokongan yang sewajarnya.
Beberapa agensi kerajaan termasuk sekolah-sekolah telah memperolehi
sijil pengiktirafan tersebut. Selain daripada itu banyak
lagi agensi dan jabatan-jabatan kerajaan sedang bertungkus lumus dalam
tempoh terdekat ini untuk mendapat sijil itu.
Moga-moga segala usaha murni dan bersungguh-sungguh mereka akan memperolehi
kejayaan.
Antara matlamat agensi kerajaan melaksanakan MS ISO 9000 adalah untuk
memenuhi kehendak pelanggan sebelum mereka
(pelanggan) bersedia membeli produk atau perkhidmatan yang dkeluarkan
dan juga merupakan sebagai "blue print" bagi
usaha-usaha penambahbaikan dan peningkatan sistem kualiti dalam organisasi
bagi menpertingkatkan kecekapan dan
keberkesanan organisasi berkenaan.
Bagi memastikan semua pihak, terutamanya di dalam Kementerian Pendidikan,
memperolehi pengiktirafan ISO 9000, Institut
Aminuddin Baki (IAB) telah dipertanggungjawabkan untuk memberi kefahaman
tentang ISO 9000 kepada seluruh warga
kementerian berkenaan. Berbagai ceramah dan bengkel telah dan akan
dilaksanakan bagi memastikan semua pegawai dan
kakitangan di bawah Kementerian Pendidikan memahami dan menghayati
konsep serta pelaksanaan ISO 9000.Selain daripada
itu INTAN pula diberi tanggung jawab yang sama untuk agensi-agensi
dan jabatan-jabatan kerajaan yang lain.
Antara faedah-faedah pelaksanaan MS ISO 9000 ialah:
Anugerah tuhan kepada manusia amat istiemewa. Mereka dijadikan berpasan-pasangan
supaya kesinambungi genarasi dapat
diteruskan. Selain daripada itu, hampir semua anggota badan manusia
diberi berpasang-pasangan supaya dapat membantu
menjalani penghidupan dengan lebih baik. Sekadar contoh, kita mempunyai
mata kiri dan mata kanan, tangan kiri dan tangan
kanan, kaki kiri dan kaki kanan, jantung kiri dan jantung kanan, telinga
kiri dan telinga kanan. Supaya taraf kemanusiann kita
dapat dijaga , maka kita dianugerahkan pula akal fikiran yang terletak
dalam satu organ bernama otak. Otak kita juga dalam
keadaan berpasangan, otak kira dan otak kanan.
Orang yang dapat menggunakan kemahiran kedua - dua belah tangannya untuk
menulis tentunya baik daripada mereka yang
dapat menggunakan kemahiran sebelah tangan. Begitu juga seorang pemain
bola sepak yang boleh bermain dengan
menggunakan kemahiran kedua-dua belah kakinya sudah tentu lebih baik
daripada pemain yang hanya mempunyai kemahiran
bermain dengan sebelah kaki sahaja. Bagitulah juga dalam penggunaan
otak. Untuk manusia menjadi lebih berberkrampilan, dan
seimbang dari aspek rohani dan jasmani , sewajarnyalah ia perlu berkemahiran
menggunakan kedua-dua belah otaknya dengan
berkesan semasa berfikir.
Konsep dan teori tentang otak , telah dipelopori oleh Dr. Roger Sperry
dan rakan-rakan beliau di California Institut Of
Technology. Mereka telah menjalankan penyelidikan tentang otak manusia
melalui eksperimen dengan menjalankan
pembedahan ke atas otak. Melalui proses surgeri mereka telah berjaya
mengasingkan hemisfera otak kira dan hemisfera otak
kanan dan seterusnya menguji kemampuan setiap hemisfera berfungsi dalam
proses berfikir.Dapatan menunjukkan bahawa
setiap hemisfera otak mempunyai stor memori yang tersendiri dan memainkan
peranan yang berlainan dalam proses berkifir.
Hemisfera otak kiri berfungsi mengelola proses-proses pemikiran yang
melibatkan logik, penilaian, percakapan dan kemahiran
yang bersifat kuantitatif., sementara hemisfera otak kanan lebih tertumpu
kepada mengelola proses-proses pemikiran yang
bersumberkan imaginasi, impian, perasaan, emosi, visualisasi dan intuasi.
Bagaimanakah kedua-dua hemisfera otak kita berfungsi? Katakan kita cuba
mengingati nama seorang kawan kita, kita
sebenarnya menggunakan fungsi hemisfera otak kiri sementara apabila
kita cuba mengenali raut mukanya kita menggunakan
fungsi hemisfera otak kanan. Hal yang sama berlaku ,jika kita membaca
buku bagaimana cara bermain golf, kita menggunakan
fungsi hemisfera otak kiri dan apabila kita mengalami "keseronokan
dan kepuasan " bermain golf merupakan fungsi hemisfera
otak kanan. Kedua-dua contoh menerangkan kepada kita bahawa dalam proses
berfikir fungsi kedua-dua hemisfera otak kita
seakan-akan memainkan peranan masing-masing dalam satu perkongsian.
Hemisfera otak kiri mengelolakan perkara-perkara
logik dan bahasa sementara hemisfera otak kanan pula memproses perkara-perkara
imiginasi dan visualisasi, yang sukar
dibentangkan melalui perkataan dan simbol.
HEMISFERA OTAK KIRI HEMISFERA OTAK KANAN
Kita memiliki dua belah kaki yang kita amat mahir untuk berjalan, berlari,
melompat . Kita belajar kemahiran menggunakan ke
dua-dua belah kaki sejak detik kita mula belajar berjalan. Keadaan
ini sama juga dengan otak kita yang sememangnya
dianugerahkan tuhan sejak kita dilahirkan. Bezanya ialah apabila kita
mula menjejak kaki ke alam persekolahan, kognitif kita
telah dijuruskan kearah yang seakan-akan menumpu kepada satu bahagian
otak sahaja dan mengabakan bahagian yang satu
lagi. Oleh kerana kreativiti adalah fungsi secara berkongsian hemisfera
otak kira dan kanan maka sudah tentu semua manusia
memilikinya. Kesilapan kita ialah kerana melihat kreativiti sebagai
anugerah tuhan kepada manusia-manusia tertentu dan
menafikan hak manusia lain dalam aspek ini.
Dalam pendidikan, kurikulum usang kelihatan memberi penekanan kepada
penggunaan satu hemisfera otak sahaja dan boleh
dianggap punca " kecatatan " pemikiran generasinya. Sistem pendidikan
kita seolah-olah mengajar generasi pelajar kita
kemahiran logik semata-mata. Justeru itu sistem penilaian dalam pendidikan
memberi pengiktirafan yang tinggi terhadap mereka
yang memiliki tahap pemikiran logik yang "tinggi" . Di sebelah tabir
realiti penghidupan terbukti ramai yang berjaya dengan
cemerlang dalam penghidupan sebenar walhal semasa di bangku sekolah
mereka tidak cemerlang mengikut kayu sistem
pendidikan kita.
Persoalannya ialah, adakah logik semata-mata sebagai teras kurikulum
dapat menyelesaikan masalah sebenar dalam kehidupan?
Sistem pendidikan kini cuba mencari jawapan kepada fenomena ini dengan
memperkenalkan Kemahiran Berfikir (selepas ini
KBKK) sebagai komponen dalam kurikulum terkini. KBKK sebagai komponen
dalam kurikulum bertujuan untuk
membudayakan pelajar-pelajar kita memaksimumkan penggunaan otak.
Terdapat dua dominan dalam KBKK iaitu Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kemahiran Berfikir Secara Kreatif.
Kemampuan minda kita menilai kemunasabahan sesuatu idea , meneliti kebernasan
dan menjelaskan sebab-sebab dengan hujah
yang bernas tergolong dalam Kemahiran Berfikir Secara Kritis. Kemahiran
Berfikir Secara Kreatif pula merujuk kepada
kemampuan minda kita menerokai kemungkinan-kemungkinan baru dalam membuat
keputusan, menyelesaikan masalah dan
keupayaan menghasilkan ciptaan-ciptaan baru.
Penyampaian KBKK dijalankan secara penyebatian dalam semua atapelajaran.
Instrumen-instrumen yang membantu
pengajaran KBKK ialah Pengurusan Grafik, bahan ransangan, soalan-soalan
refleksi dan metakognitif.
BIBLIOGRAFI
Ainon dan Abdullah ( 1995 ). Teknik Berfikir : Konsep dan Proses. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors.
BPG. ( 1995 ) Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif - Model Pengajaran
dan Pembelajaran. Unit Kurikulum, Bahagian
Pendidikan Guru, Kuala Lumpur.
Marzano. R.J. e.t. al ( 1989 ). Dimensions of Thinking: A Framework
For Curriculum and Instruction. Elexanderia , VA :
ASCD.
Yong, L. dan Chia Chee Fen ( 1994 ). Pemikiran Kreatif : Penyelesaian Masalah Secara Kreatif, KL : Arena Buku Sdn. Bhd.
Salah satu sebab mengapa pengguna perlu dilindungi ialah kejahilan pengguna
tentang hak-dan tanggungjawab pengguna.
Mengikut satu kajian rambang yang dibuat oleh sekumpulan pelatih di
sebuah institusi pengajian hampir 70 % dari warganya
tidak tahu atau kurang arif tentang hak-hak mereka sebagai pengguna.
Bagaimana dengan anda ?
Menurut Pertubuhan Kesatuan Pengguna Antarabangsa (IOUC) tedapat tujuh hak asasi pengguna iaitu:
1. Hak untuk mendapat keselamatan
Semua pengguna mempunyai hak untuk dilindungi daripada pemasaran barangan
dan penyediaan makanan yang
membahayakan kesihatan diri. Pernahkah anda bertanya diri anda tentang
makanan yang anda ambil sesuai atau tidak untuk
anda .Pernahkah barang elektrik anda tiba-tiba meletup atau terbakar
? Pernahkah anak-anak anda membeli makanan jeruk
yang dijual dari negara jiran dan kemudiannya mengadu sakit perut ?.
Sebagai pengguna yang bijak anda seharusnya meneliti
semua barang dan perkhidmatan yang disediakan. Jangan hanya bergantung
kepada apa yang di perkatakan oleh penjual.
Sekarang ini para pengguna telah didedahkan dengan pelbagai ubat atau
selalu disebut makanan kesihatan. Semua pengeluar
menyatakan bahawa produk mereka yang terbaik . Jadi mana satu yang
hendak dipilih ? Tidakkah nanti makanan tersebut
boleh mendatangkan kemudaratan kepada kita. Pengguna perlu tahu bahawa
semua makanan kesihatan tidak perlu satu sijil
pengesahan dari Pusat Racun Negara kerana ia dikelaskan sebagai makanan
bukan ubat.
Pengguna juga perlu sedar ada beberapa akta yang boleh melindungi mereka
dari barangan yang tidak berkualiti atau
membahayakan. Akta Racun Makhluk Perosak, Akta Elektrik, Akta Perihal
Dagangan dan AktaPemaju-Pemaju Perumahan
adalah antara beberapa akta yang memberi perlindungan kepada pengguna.
( bersambung)
Kemasukan dan perkembangan berbagai bentuk teknologi di dalam sesebuah
negara, terutamanya bagi negara-negara sedang
membangun, tidak lagi boleh dihalang. Penglibatan dan penggunaan pelbagai
teknologi tersebut sangat penting di dalam
pembinaan dan kemajuan sesebuah negara. Akhir-akhir ini teknologi maklumat
juga telah melanda negara ini dengan kadar yang
amat pesat.
Sesungguhnya kerajaan telah mengambil langkah-langkah penting bagi menghadapi
kemasukan dan penggunaan teknologi
maklumat. Idea-idea bernas dan pandangan ke hadapan kepimpinan negara,
khususnya YAB Perdana Menteri telah banyak
membantu memesatkan kemajuan dan perkembangan teknologi maklumat di
negara ini. Ini jelas dengan wujudnya Koridor
Raya Multimedia (MSC) yang akan menyediakan seluas-luas ruang dan infrastruktur
kepada perkembangan teknologi
maklumat itu
Komitmen kerajaan dalam hal ini juga dibuktikan apabila YAB Perdana
Menteri melancarkan kempen IT bertujuan memberi
kefahaman kepada seluruh rakyat di negara ini tentang teknologi maklumat.
Agenda Teknologi Maklumat Kebangsaan (NITA)
diperkenalkan semasa pelancaran kempen IT. NITA memainkan peranan yang
penting dalam memahamkan seluruh masyarakat
di negara ini tentang internet, teknologi maklumat dan MSC. NITA juga
bertanggungjawab dalam pembangunan tiga elemen
penting iaitu masyarakat, infostruktur dan aplikasi. Ketiga-tiga elemen
itu adalah saling berhubungan antara satu sama lain secara
strategik, ke arah mewujudkan masyarakt madani dan berkualiti.
Seterusnya apabila belanjawan bagi tahun 1998 dibentangkan oleh YAB
Menteri Kewangan di Dewan Rakyat, satu insentif
yang memberangsangkan telah diberi kepada setiap keluarga yang membeli
sebuah komputer akan diberi pelepasan cukai
melalui rebet berjumlah RM400. Insentif ini pasti akan menggalakkan
masyarakat terutamanya yang ingin berjinak-jinak dengan
komputer dan mereka yang telah lama mempunyai pengetahuan luas tentang
komputer dan teknologi maklumat memiliki sebuah
komputer baru.
Kementerian Pendidikan juga mempunyai peranan yang amat penting bagi
memajukan IT di negara ini. Langkah kemeterian
mewujudkan sekolah-sekolah bestari adalah tepat dan selaras dengan
perkembangan IT negara. Anak-anak dan para pelajar
generasi mudalah yang perlu diberi seluas-luas pendedahan dan ilmu
pengetahun tentang teknologi maklumat, kerana mereka
akan mewarisi negara ini kelak. Di tangan generasi mudalah segala bentuk
budaya IT yang kita ingini diterapkan, agar mereka
tidak terpesong dan tidak mengalami kejutan budaya.
Selain daripada kerajaan pusat, kerajaan-kerajaan negeri juga pasti
dapat berperanan menggalakan budaya IT di negeri-negeri.
Hal ini terbukti apabila Kerajaan Kedah telah maju selangkah memastikan
rakyat negeri tersebut terutamanya
penduduk-penduduk luar bandar, tidak ketinggalan dalam arus ledakan
tekknologi maklumat. Kerajaan negeri khabarnya akan
memastikan setiap masjid di negeri jelapang padi itu mempunyai sebuah
komputer multimedia yang boleh dimanfaatkan oleh
seluruh masyarakat di dalam sesebuah kariah masjid. Tahniah kepada
Kerajaan Negeri Kedah dan YAB Menteri Besarnya.
Mungkin selepas ini, keraja-kerajan negeri yang lain akan mengambil
langkah-langkah yang sama seperti dilakukan oleh
Kerajaan Kedah.
Bagi menggalakkan lebih ramai masyarakat kita memiliki komputer, saya
kira bank-bank, institusi kewangan,
koperasi-koperasi, badan-badan korporat yang berkemampuan dan badan-badan
lain boleh meyediakan dana yang
secukupnya untuk diberi sebagai pinjaman kepada ahli-ahli atau orang
ramai untuk membeli komputer. Saya juga berpendapat
kerajaan boleh menentukan harag komputer boleh dijual dengan harga
yang lebih rendah tetapi tidak menjejaskan keuntugan
yang munasabah kepada pihak-pihak yang mengeluar dan menjual komputer,
dengan menurunkan lebih banyak kadar cukai
yang dikenakan ke atas komputer yang diimport.
Dalam hal ini, pihak pengeluar dan penjual komputer juga perlu memainkan
pernan mereka agar dapat menjual komputer
dengan harga yang munasabah lagi kompetatif. Pengeluar atau penjual
komputer tidak akan mengalami kerugian walaupun
komputer dijual dengan harag yang lebih murah. Hal itu demikian kerana
apabila komputer dijual dengan haraga yang lebih
murah, sudah pasti dari segi volume komputer dan eksoseri-eksoseri
yang berkaitan akan meningkat jualannya. Peningkatan
volume jualan bererti peningkatan jumlah pendapatan penjual.
Selain daripada aspek teknologi maklumat itu sendiri, yang sangat diperlukan
bagi membangunkan negara, agar dapat
sama-sama bersaing dengan negara-negara maju, fokus terhadap aspek
komersial juga sangat penting. Pembangunan teknologi
maklumat sudah pasti akan memesatkan dan merancakkan lagi sektor komersial
di negara ini keran ianya akan melibatkan
perniagaan yang bernilai amat besar. Dengan itu sudah semestinya hal
tersebut akan membantu memesat dan mengukuhkan
kedudukan ekonomi negara dengan syarat komponen-komponen komputer di
buat dan dipasarkan di dalam negara dan
selebihnya dieksport ke luar negara. Dengan itu dapat membantu meningkatkan
pendapatan dan mengurangkan aliran keluar
wang negara.
Demikanlan peranan yang boleh dimainkan oleh pihak kerajaan dan sektor
swasta dalam arus ledakkan teknologi maklumat.
Inilah yang dikatakan perkongsian pintar kerajaan- swasta dalam membangunkan
negara ini, khususnya dalam bidang teknologi
maklumat. Rakyat juga mesti bersedia menerima arus perubahan ini. Oleh
itu mereka haruslah diberi pendedahan dan maklumat
secukupnya bagi menghadapi perkara ini. Dengan kata lain rakyat haruslah
dibudayakan dengan teknologi maklumat.
Moga-moga segala hasrat murni kerajaan untuk menjadi negara ini sebuah
negara maju akan tercapai menjelang 2020.
Inshaallah.
Pengenalan
Adakah anda seorang usahawan yang hanya menilai kejayaan perniagaan
dengan menentukan baki wang yang ada di dalam
akaun bank perniagaan sahaja? Jika ya anda telah melakukan satu kesilapan
besar. Salah satu kaedah terbaik megetahui
kedudukan perniagaan anda ialah dengan menentukan kedudukan titik pulang
modal, bagi memastikan sama ada perniagaan
anda berada di dalam zon keuntungan atau sebaliknya.
Analisis titik pulang modal sangat penting kepada seseorang usahawan
yang sedang atau akan mengusahakan sesuatu
perniagaan . Analisis ini adalah berkaitan dengan perhubungan antara
kos tetap, kos berubah, harga, dan unit atau volume bagi
menetukan kombinasi unsur-unsur tersebut, di mana jumlah hasil dan
jumlah kos adalah pada tahap yang seimbang.
Pengertian Titik Pulang Modal
Titik pulang modal adalah satu tahap jualan yang mesti dijana untuk
mencapai keuntungan sifar dan kerugian sifar. Jika
perniagaan anda gagal memperolehi pendapatan kasar bagi menampung kos
operasi, walaupun bagi jangka masa pendek, anda
akan meghadapi kedudukan merbahaya.
Berapa banyak jualan yang mesti dibuat bagi memperolehi tahap pulang
modal? Terdapat sesetengah pemilik peniaga atau
usahawan-usahawan kecil tidak mempunyai jawapan kepada persoalan ini.
Mereka tidak tahu bagaimana membuat anlisis ini
lantas tidak mempunyai gambaran sejauh mana mereka beroperasi dan tidak
tahu kedudukan prestasi perniagaan berkenaan.
Bagi membolehkan analis ini dilaksanakan, seseorang usahawan mestilah
dapat membezakan perbelanjaan yang dibuat itu
termasuk di dalam kategori kos tetap dan kos berubah. Berikut dijelaskan
tentang kosep kos tetap dan kos berubah.
Kos Tetap
Kos tetap adalah kos yang mesti dibelanjakan di dalam sesebuah perniagaan
dan ianya tidak dipengaruhi oleh tahap jualan.
Antara contoh kos tetap ialah sewa, belanja sewaan telefon, gaji tetap
pekerja, bayaran kepada pinjaman dan pajakan, dan
lain-lain. Sama ada sesebuah perniagaan itu beroperasi atau tidak kos
ini akan tetap terlibat.
Kos Berubah
Kos berubah adalah kos yang sentiasa berubah-ubah berdasarkan tingkat
jualan atau pengeluaran. Pada amnya kos ini boleh
dinyatakan sebagai peratusan daripada jualan terutamanya bagi perniagaan
yang memberi perkhidmatan dan menjual barangan.
Kos berubah adalah termasuk perbelanjaan yang berubah akibat daripada
volumen jualan. Dalam sesebuah firma pengeluaran,
kos bahan-bahan adalah kos berubah. Komponen buruh dalam sesuatu usaha
pengeluaran boleh jadi kos berubah atau kos
tetap, bergantung kepada obligasi pekerja-pekera. Dalam kes-kes tertentu,
pekerja dibayar berdasarkan jam bekerja (kos
berubah), manakala sesetengah pekerja dibayar gaji bulanan tanpa mengira
berapa jam mereka bekerja (kos tetap).
Bagaimana Membuat Analis Titik Pulang Modal
Dua kaedah boleh digunakan bagi membuat analisis titik pulang modal.
Pertama dengan menggunkan graf dan yang kedua
dengan menggunakan rumus. Kedua-dua kaedah ini akan menghasilkan jawapan
atau kesimpulan yang sama sahaja.
(Kedua-dua kaedah ini akan diterangkan dengan lebih lanjut dalam esei akan datang).
Seperkara penting sebagai pengetahun kepada para usahawan, mereka mesti
menentukan struktur kos dan hasil yang boleh
mendatangkan keuntung kepada perniagaan mereka. Berbagai strategi kos
boleh diambil bagi mencapai sesuatu tahap pulang
modal yang diingini. Perubahan kepada kos tetap boleh dibuat bagi merendahkan
tahap pulang modal dan pada masa yang
sama boleh juga meningkatkan harga jualan seunit produk. Jika kos tetap
tidak dapat dikurangkan alternatif yang tinggal ialah
mengurangkan kos berubah.
Amat penting memahami perhubungan antara harga, kos dan volume serta
kesan dinamik yang diperolehi ke atas operasi
sesebuah perniagaan. Ketiga-tiga faktor di atas, jika dapat dikawal
dan dikurangkan, akan dapat mengelakkan kita daripada
melakukan kesilapan serious dan sebaliknya dapat menemui peluang-peluang
yang signifiken. Oleh itu cabaran kepada pihak
pengurusan ialah bagaimana mereka dapat merekabentuk dan melaksanakan
program-program yang penting bagi mencapai
matlamat perniagaan yang dikehendaki.
Kesimpulan
Memahami konsep asas tentang analisis titik pulang modal ini amat penting
bagi kejayaan sesebuah perniagaan. Analisis ini
merupakan satu alat yang boleh digunakan oleh usahawan bagi menentukan
tahap keluaran atau tingkat jualan yang perlu dibuat
bagi menentukan usaha mereka mencapai titik pulang modal yang dikehendaki.
Sama ada anda seorang peniaga atau usahawan
yang baru menceburi diri atau telah lama dalam dunia perniagaan, pengetahuan
yang anda perolehi mengenai peniagaan
berhubung dengan analisis ini sangat bermakna dan penting kepada servival
jangka masa panjang perniagaan anda.
Pengenalan
Teknologi maklumat (IT) boleh ditakrifkan sebagai teknologi masa kini
yang menyatukan atau menggabungkan pelbagai
maklumat daripada pelbagai data dan sumber untuk dimanfaatkan sebagi
ilmu bagi kegunaan seluruh umat manusia melalui
penggunaan pelbagai media dan peralatan telekomunikasi moden.
Dengan menggunakan pelbagai media, peralatan telekomunikasi, komputer
dan sebagainya yang canggih, IT akan terus
berkembang dan mempunyai peranan yang sangat penting dalam kehidupan
dan peradaban umat manusia di seluruh dunia.
Sebagai contoh, dengan adanya internet berpuluh-puluh juta komputer
peribadi di seluruh dunia dapat dihubungkan
menjadikannya satu rangkainan perhubungan yang amat berguna.
Memanfaat IT sebagai sumber kekuatan ummah
Agama Islam adalah agama yang dinamik dan sentiasa sesuai di setiap
masa dan zaman. Islam menuntut umatnya sentiasa
menggunakan kekuatan dan kelebihan akal fikiran dalam melaksanakan
segala kegiatan kehidupan sama ada di dunia dan di
akhirat. Umat Islam juga mesti mempunyai kekuatan yang tinggi dalam
penggunaan pelbagai teknologi khususnya teknologi
maklumat. Kekuatan yang dimaksudkan ialah kekuatan dari segi akal fikiran,
spiritual, dan fizikal. Kesemuanya mestilah sentiasa
seimbang, jika tidak kita akan dirundung kehancuran dan keruntuhan.
Oleh hal yang demikian agama Islam menuntut umatnya mempelajari sesuatu
untuk memajukan ummah dan seterusnya
mewujudkan negara yang kuat. Mempelajari sesuatu yang baik dan berfaedah
adalah fardhu ain. Semua orang yang
berkemampuan adalah berkewajipan mempelajari sesuatu yang berfaedah
dan bermanfaat dalam pelbagai bidang seperti
pengurusan, pendidikan, kejuruteraan, kedoktoran, teknologi maklumat,
dan sebagainya. Mempelajari dan menguasai IT adalah
penting kerana ianya merupakan satu bentuk teknologi yang boleh digunakan
bagi membangunkan Islam dan merupakan satu
sumber baru dalam menjana kekuatan ummah.
Dalam menghadapi era teknologi maklumat, umat Islam mestilah mempunyai
segala kekuatan dan kesatuan yang jitu, kerana
pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab telah memasukkan pelbagai fitnah,
penyelewengan, dan unsur-unsur yang tidak baik
dalam IT. Fitnah yang dimaksudkan itu ialah "fitnah dijital" yang boleh
menggugat kehormonian dan kelangsungan hidup umat
Islam di dunia ini. Hanya dengan kekuatan dan kebolehan menguasai teknologi
maklumat umat Islam akan dapat menentang
atau mempertahankan diri dari segala macam fitnah dan penyelewengan
yang sengaja diada-adakan oleh pihak-pihak tertentu
itu.
Sejauh manakah IT sebagai sumber kekuatan ummah?
Adalah diakui bahawa umat Islam masih di permulaan jalan dalam teknologi
maklumat. Ini jelas kerana penggunaan komputer
sebagai contoh masih tidak bagitu popular. Umat Islam masih belum menemui
kunci kekuatan IT yang sebenarnya. Di negara
kita, perangkaan menunjukkan, penggunaan internet misalnya, masih ditahap
rendah kerana sehingga 1 Oktober 1997 hanya
167,447 orang menjadi pelanggan internet (Majalah Massa, Bilangan 110,
1997).
Walau bagaimanapun kesedaran dan kekuatan mempelajari dan menggunakan
komputer khususnya di kalangan anak-anak
muda amat memberangsangkan. Oleh hal yang demikian mereka mesti diberi
serta diterapkan dengan etika dan nilai-nilai yang
baik. Penerapan nilai dan etika yang baik berasaskan ajaran Islam ini
penting kerana hanya dengan adanya perlindungan
dalaman seumpama itu sahajalah akan dapat mengelakkan keruntuhan nilai
dan budaya hidup kita selama ini.
Bagaimana IT boleh membantu perkembangan Islam
Walau apa pun teknologi dibangunkan dan digunakan oleh umat manusia,
tidak dapat dinafikan bahwa kekuatan ilmu masih
diperlukan. Ilmulah yang membangunkan segala macam teknologi dan perkakasan
yang boleh dimanfaatkan dalam kehidupan
manusia sama ada di dunia atau di akhirat.
Selain daripada ilmu yang baik yang dapat dimanfaatkan, ianya tidak
akan sempurna tanpa amal. Amalan nilai-nilai murni yang
baik adalah selaras dengan ajaran Islam. Oleh itu nilai-nilai murni
perlulah diterapkan kepada seluruh masyarakat bagi menjamin
keberkesanan IT dan dapat dimanfaatkan di dalam membantu penyebaran
dan perkembangan Islam dengan lebih berkesan.
Sesuatu teknologi yang hendak dibangunkan hendaklah mengambilkira tiga
perkara penting iaitu perisian (software), perkakasan
(hardware) dan manusia itu sendiri. Intergrasi ketiga-tiga unsur penting
itu perlu dilihat secara bersepadu agar pembangunan
teknologi yang dilaksanakan tidak tersempang daripada ajaran agama
dan kehendak tabii manusia itu sendiri.
Penggunaan IT suatu bidaah
Ada pihak-pihak tertentu mendakwa bahawa penggunaan IT adalah suatu
bidaah dan orang-orang yang melakukan bidaah
akan dihumban ke dalam neraka. Walau apa pun kita harus memahami maksud
bidaah. Bidaah ialah sesuatu pembaharuan atau
sesuatu yang ditambah dalam ibadat harian. Bidaah inilah yang dilarang
oleh Islam. Selain daripada itu bidaah juga timbul dalam
urusan kehidupan harian. Bidaah ini adalah diharuskan dan boleh dilakukan.
Oleh hal yang demikian pembaharuan yang dilakukan dalam kehidupan seharian
dengan menggunakan IT tentulah tidak
bercanggah dengan ajaran Islam dan adalah menjadi kewajipan kita mempelajari
dan menguasai ilmu ini agar dapat
dimanfaatkan oleh semua umat Islam di seluruh dunia. Dengan kata lain,
umat Islam adalah dituntut untuk membangunkan IT
yang boleh dijadikan satu wadah baru untuk memaju, memperkembang dan
menyebar maklumat tentang Islam secara global
dan bersepadu.
Peranan ibu-bapa dan kerajaan
Ibu bapa mempunyai peranan yang besar dalam menentukan IT dapat dimanfaatkan.
Didikan ibu bapa di peringkat awal lagi
sangat penting di dalam memastikan anak-anak membesar, dan pekembangan
mereka selaras dengan kehendak Islam. Contoh
tauladan yang baik akan membantu anak-anak mempunyai sikap yang betul
terhadap IT dan seterusnya mereka dapat
menggunakan IT dengan cara yang bijaksana dan dapat memberi faedah
yang terbaik setelah mereka meningkat dewasa.
Mereka juga perlu ditanam dengan sikap yang positif dalam mengharungi
kehidupan masa depan dan mempunyai pandangan
yang betul terhadap kehidupan.
Kerajaan pula mempunyai peranan dan tanggungjawab sosial yang maha besar
bagi memupuk dan membentuk budaya IT yang
sesuai di dalam masyarakat. Kerajaan pelu melihat perkembangan dan
kemajuan IT sebagai satu cabaran dan peluang yang
mempunyai potensi besar di dalam aspek pembangunkan ekonomi dan sosial.
Langkah awal kerajaan dan pandangan jauh
pemimpin negara di dalam mewujudkan budaya IT di peringkat nasional
amatlah penting serta kena pada masanya. Kempen
menyedarkan masyarakat memahami dan menghayati budaya IT yang dilancarkan
baru-baru ini perlu diteruskan sehingga ke
peringkat akar umbi supay budaya IT dengan cepat dapat difahami dan
menjadi amalan dalam kehidupan rakyat di negara ini.
Keruntuhan masyarakat
Akibat penggunaan IT secara tidak sihat dan tanpa kawalan yang sewajarnya,
didapati masyarakat barat sedang mengahadapi
keruntuhan terutama di kalangan remaja. Masalah yang sama juga boleh
berlaku di negara kita. Untuk mengelakkan hal
seumpama itu berlaku, kita perlu melihat terhadap kekuatan dan ketahanan
yang ada pada diri sendiri. Hanya dengan ketahanan
diri sahaja, dapat membendung segala gejala tidak sihat daripada menyerang
dan meruntuhkan masyarakat kita.
Oleh itu langkah-langkah perlu diambil segera supaya masyarakat tidak
hanyut dan runtuh akibat IT seperti yang berlaku di
barat. Masyarakat haruslah dapat melihat dan membezakan isu-isu yang
penting dengan isu-isu yang tidak penting, isu-isu yang
remeh dengan isu-isu yang bernas dan sebagainya.
Jika mungkin dan munasabah dilaksanakan, adalah dirasakan bahawa satu
jenis penapisan ruang siber perlu dilakukan
khususnya di kalangan anak-anak di peringkat sekolah. Hasrat kerajaan
untuk mewujudkan sekolah bestari (smart school) perlu
mengambil kira hal ini. Perkara ini penting kerana kita tidak mahu
masyarakat kita khususnya para belia mengalami keruntuhan
akhlak sebagaimana yang berlaku ke atas masyarakat barat.
Penutup
Umat Islam sepatutnya tidak perlu gelabah dan gawat dengan perkembangan
IT masa kini. Mereka juga tidak sepatutnya
mengelakkan diri daripada mempelajari dan menguasai IT. Menganggap
IT sebagai suatu bidaan juga adalah sesuatu yang
malang kerana dengan pegangan demikian hanya akan terus melemahkan
umat Islam. Sebaliknya mereka perlu terus berusaha
dengan gigih menguasai ilmu tersebut dan menggunakannya secara yang
lebih berfaedah, lebih bermanfaat, dan seterusnya dapat
dijadikan sebagai satu sumber kekuatan bagi memajukan umah dan Islam
secara keseluruhannya.
Sejak kebelakangan ini internet telah menjadi satu perkara amat penting
dan semakin meluas penggunaannya dalam komunikasi.
Dengan menggunakan internet berbagai jenis maklumat boleh dicapai dengan
mudah, bebas tanpa sekatan, dan pada bila-bila
masa sahaja. Apakah yang dimaksudkan dengan internet?
Internet ialah satu jaringan yang menghubungkan berjuta-juta komputer
peribadi di seluruh dunia yang membolehkan
pengguna-penggunanya berhubung atau berinteraksi dan mengekses pelbagai
maklumat dengan mudah tanpa sebarang sekatan
di seluruh pelusuk dunia yang mempunyai kemudahan jaringan itu. Dengan
kata lain "maklumat adalah di hujung jari anda".
Kehadiran internet seolah-olah menjadikan dunia ini terlalu sempit dan
tanpa sempadan. Apatah lagi dengan kos yang secara
relatifnya dikatakan murah, menjadikan media ini kian popular dan mampu
dimiliki oleh para pelajar, guru-guru, dan sesiapa
sahaja yang berkemampuan memiliki sebuah komputer peribada dengan alat
modem yang sederhana harganya. Bayaran
langganan tahunan di negara kita ialah RM24 dan bayaran penggunaan
talaian telefon benilai 90 sen sejam ditambah 60 sen
sejam bagi bayaran mengekses internet tanpa mengira jarak adalah paling
murah, berbanding dengan penggunaan telefon biasa.
Ini bermakna kos keseluruhan ialah RM1.50 sejam, tidaklah bagitu tinggi.
Sejak itu juga masyarakat di negara ini memperkatakan kebaikan dan keburukan
penggunaan internet. Berbagai response sama
ada positif atau negatif dibincangakan di dalam media elektronik atau
media bercetak. Persoalan perbincangan banyak tertumpu
kepada kesan baik dan buruk penggunaan internet terhadap masyarakat,
khususnya di kalangan para remaja kita.
Berbagai bidang dijangka mengalami perkembangan pesat dengan menggunakan
internet seperti perdagangan, perniagaan,
pelancungan, pendidikan, dan sebagainya. Kedua-dua pihak sama ada penjual/pemberi
perkhidamatan dan pembeli/pengguna
akan menerima faedah dan kemudahan melalui penggunaan internet. Sebagai
contoh para peniaga dapat mengiklankan produk/
perkhidmatan mereka melalui halaman-halaman web keseluruh dunia dengan
mudah dan kos yang amat kecil. Para
pembeli/pengguna pula boleh terus memesan dengan menggunakan borang-borang
pesanan yang disediakan dengan serta
merta.
Dalam bidang pendidikan pula, kursus-kursus pengajian dapat dilaksanakan
dengan mennggunakan konsep pendidikan jarak
jauh (PJJ). Ilmu pengetahuan dapat disampaikan dengan mudah melalui
penggunaan internet, cakera padat, konferans video dan
sebagainya. Dengan kosnep ini para pelajar tidak perlu menghadiri kuliah
di kampus-kampus seperti apa yang berlaku
sekarang. Sebaliknya mereka boleh terus bekerja atau berada di rumah
dan dapat belajar mengikut kesesuaian masa sendiri.
Kaedah pengajaran dan pembelajaran begini jika digunakan secara meluas
dan di tahap kapisiti maksimum dijangka dapat
mengurangkan kos. Ianya juga dapat dimanfaat oleh sesiapa sahaja yang
memerlukan pendidikan secara terbuka. Beberapa
buah institusi pengajian tinggi umpamanya Universit Sains Malaysia,
Universiti Telekom Malaysia dan lain-lain sedang dan akan
mengadakan pengajian jarak jauh. Universiti Telekom Malaysia umpamanya
akan mengadakan Pendidikan Jarak Jauh di
peringkat Ijazah Sarjana dan PhD. pada sesi pengajian tahun 1998 dalam
bidang-bidang Teknologi Maklumat dan Pengurusan
Perniagaan.
Jika masyarakat kita secara keseluruhannya mempunyai fikiran dan pandangan
yang positif terhadap penggunaan internet, kita
percaya media ini akan dapat digunakan dengan cara yang terbaik dan
berfaedah. Oleh itu terpulanglah kepada kita sama ada
dapat menggunakan media ini dengan cara yang berfaedah atau sebaliknya.
Jika digunakan dengan bijaksana pasti ianya akan
memberi kebaikan kepada kita semua. Moga-moga internet tidak disalahgunakan
dan terhindarlah kita daripada segala
keburukan, kecelakaan dan bala bencana yang mungkin menimpa kita.