Make your own free website on Tripod.com

TIP PEPERIKSAAN SPM

Prinsip Akaun (3756/1)
 Oleh: Guru Prinsip Akaun

(Siri Pertama)

Prakata

Laman ini akan cuba mengupas dan memberi panduan kepada pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 yang akan mengahdapi peperiksaan SPM khususnya bagi mereka yang berhasrat mengambil Mata Pelajaran Prinsip Akaun. Panduan yang akan diberikan adalah berkaitan dengan teknik-teknik menjawab soalan bagi mata pelajaran ini yang berkisar pada semua tajuk yang terdapat di dalam sukatan pelajaran Prinsip Akaun bagi tingkatan 4 dan 5 sekolah-sekolah menengah di Malaysia.

Moga-moga panduan ringkas ini akan memberi manfaat kepada semua calon yang mengambil mata pelajaran Prinsip Akaun bagi peperiksaan SPM. Ianya juga boleh menjadi panduan berguna kepada guru-guru yang mengajar mata pelajaran ini. Penulis amat berharap mendapat komen dan cadangan daripada guru-guru Prinsip Akaun bagi membaiki laman ini. Segala komen, pandangan dan teguran boleh disampaikan kepada penulis melalui e-mail.

Diharap selalulah mengunjungi laman ini kerana maklumat yang disediakan akan dikemaskini dari masa ke semasa............................


Pengenalan

Mata pelajaran Prinsip Akaun adalah salah satu mata pelajaran elektif dalam Kumpulan 3 (Teknologi dan Vokasional) dalam Kurikulum Bersepadu Selolah Menengah (KBSM). Di bawah sukatan baru KBSM ini, peperiksaan bagi mata pelajaran Prinsip Akaun telah bermula pada tahun 1993. Mata pelajaran ini tidak bagitu popular di kalangan pelajar sekolah menengah di luar bandar tetapi bagi sekolah-sekolah di bandar ianya sangat digemari.

Sebenarnya mata pelajaran ini mempunyai nilai komersial yang sangat tinggi dan amat berguna dalam kehidupan harian terutamanya dalam dunia perniagaan. Ilmu perakaunan amat penting dalam persekitaran yang berorientasikan komersial pada hari ini. Sekurang-kurangnya mereka yang mempunyai asas ilmu perakaunan akan dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian, jika mereka menjalankan usaha perniagaan sendiri misalnya.


Format Kertas Peperiksaan

Kertas peperiksaan mata pelajaran ini mengandungi 6 soalan subjektif yang mengambil masa selama 3 jam. Calon dikehendaki menjawab semua soalan tanpa soalan pilihan. Soalan 1 dan 2 bagi kertas ini mempunyai format dan tajuk yang sama disoal pada setiap tahun, manakala soalan 3 hinggan 6 meliputi semua tajuk lain dalam sukatan pelajaran.

Tujuan peperiksaan ini adalah untuk menguji pengetahuan calon tentang keseluruhan isi kandungan sukatan pelajaran yang meliputi kebolehan-kebolehan memahami, mentafsir maklumat, mengaplikasi dan membuat penilaian tentang perakaunan. Ia juga bertujuan menguji kemahiran calon-calon yang meliputi pemahaman tentang konsep- konsep, prinsip-prinsip, kaedah-kaedah dalam amalan perakaunan dan pengendalian akaun-akaun yang tekal dan jitu.


Oleh itu peperiksaan bagi kertas ini menuntut kekemasan, ketepatan dan kecekapan calon dalam menyelesaikan pelbagai bentuk masalah dalam bidang perakaunan yang mereka pelajari selama dua tahun.


Penguasaan Isi Kandungan

Di dalam sukatan Prinsip Akaun ini kefahaman asas tentang Kitaran Perakaunan amat perlu dititikberatkan. Sebagai contoh, jika diimbas kembali lima kertas peperiksaan yang lepas, solan 1 dan soalan 2, adalah menguji kefahaman calon tentang konsep Kitaran Perakaunan. Soalan 1 adalah berakaitan dengan dokumen-dokumen perniagaan. Calon-calon dikehendaki menyediakan Buku-buku Catatan Pertama berdasarkan dokumen-dokumen yang diberi dan seterusnya menyediakan catatan-catatan dalam akaun-akaun lejar sehinggalah menyediakan Imbangan Duga.

Bagai Soalan 2 pula, biasanya diberi Imbangan Duga dan calon-calon dikehendaki menyediakan Akaun Penamat (Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira) bagi perniagaan milik tunggal atau perniagaan perkongsian. Penguasaan dalam Kitaran Perakaunan ini amat penting kerana kedua-dua soalan ini menghasil hampir 50% daripada keseluruhan markah penuh (soalan satu - 29 markah dan soalan dua - 19 markah).

Tetapi ini tidak bermakna para pelajar hanya mesti memberi tumpuan kepada dua soalan itu sahaja kerana masih banyak soalan daripada tajuk-tajuk lain akan disoal. Oleh itu menguasai semua tajuk amatlah penting dalam usaha memperolehi gred pencapaian yang lebih cemerlang kerana skop dan isi kandungan mata pelajaran ini amat luas.


Belajar Awal

Kemahiran asas tentang tajuk ini dipelajari pada tingkatan 4. Oleh itu para pelajar dinasihatkan supaya memberi perhatian yang berat ketika mereka mula-mula belajar Prinsip Akaun pada tingkatan 4. Para pelajar tingkatan 4 yang ingin mengambil mata pelajaran ini diharap akan berusaha dengan bersungguh-sungguh sejak hari pertama lagi mereka belajar Prinsip Akaun.

Dengan kata lain kefahaman asas anda tentang konsep-konsep perakaunan perlu dipelajari dan dikuasai sejak awal-awal lagi. Jika anda tidak dapat menguasai perkara tersebut, berkemungkinan anda akan menghadapi kesukaran mempelajari tajuk-tajuk seterusnya terutamanya di tingkatan 5. Oleh itu tumpuan dan perhatian yang berat perlu diberi pada awal tahun di tingkatan empat. Jangan leka dan membuang masa dengan menganggap "di tingkatan empat peperiksan SPM masih jauh".

Kesilapan yang sering para pelajar lakukan ialah menganggap peperiksaan SPM masih jauh ketika mereka berada di tingkatan 4. Keadaan ini jika berlaku akan menyebabkan mereka akan belajar di saat-saat akhir peperiksaan SPM akan bermula. Dengan keadaan ini besar kemungkinan mereka tidak sempat mengulangkaji dan menguasai semua isi pelajaran bagi semua mata pelajaran yang diambil di dalam peperiksaan.

Dengan belajar awal para pelajar tidak akan terburu-buru dan merasa gelabah apabila peperiksaan sebenar hampir tiba. Dengan cara ini juga pelajar dapat membaiki segala kelemahan dalam menguasi isi pelajaran dengan mengulangkaji apa-apa yang telah dipelajari dan menyiapkan diri dengan membuat latihan-latihan yang berkaitan. Mereka juga mempunyai peluang dan masa yang mencukupi untuk berbincang dengan rakan- rakan dan guru-guru bagi mengatasi segala masalah yang dihadapi.

Selain daripada belajar awal, para pelajar juga mesti belajar secara tekal dan berterusan tanpa mengambilkira sama ada pada musim peperiksaan atau bukan musim peperiksaan. Belajar dari awal secara berterusan dan sistematik, inshaallah akan dapat membantu calon memahami dan menguasai setiap kandungan isi pelajaran yang mereka belajar. 

 

Analisis Kertas-kertas Peperiksaan Lepas

Berikut adalah analisi kertas peperiksaan Prinsip Akaun bagi tahun 1993 hingga 1997:

Tajuk/Isi Kandungan

1993

1994

1995

1996

1997

 

Dokumen Perniagaan

x

x

x

x

x

 

Akaun Penamat (Penyata)

x

 

x

 

 

 

Akaun Penamat (Bentuk T)

 

 

 

 

 

 

Akaun Penamat (L. Kerja)

 

x

 

x

 

 

Rekod Tak Lengkap

x

x

 

 

 

 

Pembetulan Kesilapan

x

 

 

 

 

 

Titik Pulang Modal(TPM)

x

 

 

x

 

 

Akaun Kawalan

x

 

 

 

 

 

Akaun Perkongsian

 

x

 

x

x

 

Akaun Pengeluaran

 

x

 

 

x

 

Akaun Syarikat

 

x

 

 

 

 

Akaun Kelab/Persatuan

 

 

x

 

 

 

Penyata Penyesuaian Bank

 

 

 

x

 

 

Penyata Aliran Tunai

 

 

x

 

x

 

Tafsiran Akaun

 

 

 

 

 

 

Pelarasan Pada Tarikh Imbangan

 

 

x

x

x

 

Persamaan Perakaunan/KKK

 

 

x

 

x

 

Penggunaan Komputer Dlm Perakaunan

 

 

 

 

 

 


Berdasarkan jadual di atas bolehlah dikatakan bahawa semua tajuk dalam sukatan pelajaran telah disoal dalam peperiksaan-peperiksaan yang lepas. Hanya tajuk Tafsiran akaun dan Akaun Penamat (dalam bentuk T) yang belum disoal. Tajuk terakhir dalam analisis di atas tidak akan disoal dalam peperiksaan sehinggalah ke suatu masa yang sesuai. Moga-moga analisis di atas dapat memberi sedikit panduan kepada semua pelajar di tingkatan 4 dan 5 dan calon peperiksaan bagi kertas ini pada masa hadapan.


Panduan Am Peperiksaan

Berikut adalah beberapa panduan am peperiksaan yang boleh digunakan bagi menjawab soalan Prinsip Akaun. Antaranya ialah:

1. Calon-calon hendaklah memulakan jawapan bagi setiap soalan pada halaman/muka surat yang baru.

2. Calon juga hendaklah menulis degan jelas nombor soalan yang dijawab.

3. Susun kertas jawapan anda mengikut urutan kertas soalan setelah selesai menjawab.

4. Gunakan kertas jawapan yang dibekalkan mengikut kesesuaian soalan.

5. Jangan gopoh ketika membuat pengiraan.

6. Susun akaun-akaun yang dibuat dengan sempurna supaya memudahkan sistem catatan bergu dibuat.

7. Untuk mengelakkan pembaziran masa, jawab soalan yang difikirkan mudah terlebih dahulu.

8. Peruntkkan masa bagi menjawab sesuatu soalan hendaklah sesuai dengan peruntuk markah bagi soalan berkenaan.

9. Calon hendaklah menulis angka giliran dan nombor kad pengenalan di setiap helaian kertas jawapan yang digunakan.

10. Semak semula semua kerja, jika masa mengizinkan.

11. Calon-calon dinasihatkan supaya membaca dan memahami semua arahan di muka hadapan kertas soalan.

12. Sebelum menghadapi peperiksaan calon-calon dinasihatkan supaya selalu membuat banyak latihan dengan merujuk kepada soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas.

13. Dengan cara ini diharap dapat meningkatkan kecekapan, kemahiran dan ketepatan ketika menjawab soalan.


Kelemahan-kelemahan Umum Calon

Beberapa kelemahan atau kesalahan umum calon di dalam peperiksaan kertas Prinsip Akaun yang telah dikenal pasti. Antaranya ialah:

1. Menjawab soalan dengan terlalu gopoh.

2. Tidak memahami kehendak/tugasan soalan terutamanya bagi pelarasan.

3. Cuai dalam membuat pengiraan.

5. Tidak dapat menguasai format akaun yang betul.

6. Tidak mempunyai kaedah penyelesaian yang sistematik dan teratur.

7. Lemah dalam kemahiran mengira dengan cepat.

8. Tidak menjawab mengikut kehendak soalan.

9. Kurang membuat latihan/latih tubi yang mencukupi.

10. Membuang masa atau tidak pandai merancang dan mengagihkan masa mengikut kehendak soalan dan peruntukan markah.

11. Tidak berkebolehan menggunakan maklumat dan butir-butir yang disediakan di dalam soalan dengan teliti.

12.Tulisan tidak kemas dan sukar dibaca. Angka-angka tidak ditulis dengan jelas.

13. Catatan-catatan dalam jurnal dan lejar tidak dibuat dengan teratur.

 


 

(Bersambung Di Siri Kedua)