Make your own free website on Tripod.com
Pengajian Perakaunan 
Matlamat Kursus

Sukatan pelajaran perdagangan Kursus Perguruan Lepas Ijazah digubal untuk melahirkan guru permulaan yang berkebolehan, berpengetahuan, berkemahiran dan berdikari supaya dapat melaksanakan pengajaran pembelajaran secara profesional berlandaskan nilai-nilai murni bagi mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Negara. Pengajian Perdagangan juga bertujuan untuk
melengkapkan guru permulaan dengan kemahiran-kemahiran keguruan supaya mereka mengetahui, memahami dan dapat mengaplikasikan prinsip-prinsip dan amalan-amalan positif dalam profesion perguruan. Ini dapat membantu pelajar menjadi insan yang bertanggungjawab, berpandangan jauh, rasional, bijaksana, yakin diri, amanah, jujur, berani menghadapi persaingan dan bijak membuat keputusan bagi menghasilkan individu yang memiliki kesejahteraan diri dan berupaya mengisi wawasan negara.

Kandungan Kursus

1. Bermula ambilan Jun 1995, guru-guru pelatih KPLI Unit Pengajian Perdagangan dijuruskan kepada satu pengkhususan sahaja berbanding dua sebelum ini. Kumpulan ini juga diperkenalkan dengan kursus elektif yang perlu diambil.

2. Sehubungan itu pengisian kurikulum turut dipertingkatkan untuk memenuhi keperluan. Kurikulum KPLI.

3. Bagi pengkhususan Perakaunan guru pelatih dikehendaki mengambil Mata Pelajaran Elektif Perdagangan atau Ekonomi

4. Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis (KBKK) merupakan mata pelajaran yang wajib diikuti oleh semua pelatih . KBKK dijalankan pada semester pertama sahaja.
 

Penilaian Kursus

Matapelajaran pengkhususan
 
Perkara
Peratus
Peperiksaan Bertulis
50
Kerja Kursus Berfotfolio
30
Taksiran
20
 

 
Mata pelajaran elektif

Kerja Kursus / taksiran - 100%
 

Kemahiran Berfikir

Kerja Kursus / Taksiran - 100%
 

Semua peserta kursus diwajibkan lulus semua komponen dalam penilaian. Peserta kursus yang gagal mana-mana satu
komponen adalah tidak lulus keseluruhan penilaian dan dikehendaki mengulang.

 

Tip Peperiksaan (Prinsip Akaun 7356/1), siri 1 dan 2.  Siri-siri lain akan muncul selepas ini.


Kembali