Make your own free website on Tripod.com
Kenangan

Unit Perdagangan yang ditubuhkan sejak 7 tahun lalu,  telah mempunyai empat orang ketua. Ketua  Unit sekarang ialah En Azizan Saleh. Ketua Unit yang pertama ialah En Abd Razak Bin Hashim dan Ketua Unit yang kedua ialah En Ahmad Zaki Bin Ismail, manakala Ketua Unit yang ketiga ialah En Abdullah Bin Ariffin.

Tempoh perkhidmatan mereka sebagai Ketua Unit Perdagangan adalah seperti berikut:

En Abd Razak Hashim          1992 - 1994
En Ahmad Zaki Ismail           1995 - 1996
En Abdullah Ariffin                1997 - 1998
En Azizan Salleh                    1998 -

En Abd Razak Hashim dan En Abdullah Ariffin tiada bersama lagi di Unit Perdagangan kerana kedua-duanya telah bertukar ke sekolah. En Abd Razak Hashim telah bertukar ke Sekolah Menengah Air Hitam dan En Abdullah Ariffin telah bertukar ke Sekolah Menengah Bukit Kayu Hitam, Kedah.

Seluruh warga Unit Perdagangan ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala sumbangan dan jasa yang telah dicurahkan oleh ketiga-tiga orang bekas ketua unit, ketika menerajui unit ini dahulu.


Ke Halaman Utama