Make your own free website on Tripod.com
Kursus Diploma Perguruan Khas
(KDPK) 

Rasional

Sasaran kerja utama Kementerian Pendidikan menetapkan bahawa pada tahun 2000 semua guru di sekolah menengah adalah terdiri daripada guru-guru siswazah. Sehinggi kini peluang guru-guru terlatih bukan siswazah melanjutkan pelajaran ke universiti adalah terhad kepada syarat-syarat am yang dikenakan kepada semua pemohon.

Kursus Diploma Perguruan Khas dirancangkan oleh Bahagian Pendidikan Guru bagi memenuhi tuntutan Sasaran Kerja Utama ini. Di samping membantu meningkatkan kualiti pendidikan dan profesionalisme keguruan di negara ini, ia merupakan laluan khas untuk guru-guru terlatih bukan siswazah meneruskan pengajian hingga ke peringkat ijazah di universiti. Kursus yang memakan masa selama satu tahun ini akan dilaksanakan di maktab/institut perguruan dengan kerjasama konsortium universiti tempatan bagi memudahkan pemindahan kredit.

 
Objektif

Kursus ini dikendalikan supaya peserta kursus dapat:
 

 

Objektif Pendidikan Perakaunan dan Perdagangan

Kursus Diploma Perguruan Khas ini diwujudkan untuk mensiswazahkan para guru terlatih yang berkebolehan mengajar matapelajaran Prinsip Akaun, Ekonomi, Perakaunan dan Perdagangan di sekolah akademik, teknik dan politeknik. Ini merupakan usaha permulaan yang sejajar dengan keperluan pembangunan sumber manusia untuk Malaysia diambang era pasca moden.

Kursus ini juga bertujuan untuk mengemaskini dan mempertingkatkan pengetahuan dan keterampilan guru dalam bidang Perakaunan dan Perdagangan.

Untuk mencapai matlamat Kementerian Pendidikan bagi meningkatkan bilangan guru siswazah iaitu 100% di sekolah menengah dan 30% di sekolah rendah menjelang tahun 2000, bertujuan menjamin kualiti pengajaran sejajar dengan perkembangan pendidikan sejagat.
 

Kandungan Kursus

SEMESTER 1

Perakaunan Awalan 1 (PP1313)

Asas Statistik Pengurusan (PP1323)

Asas Pengurusan (PP1333)

Makro Ekonomi (PP1343)

Inovasi Dalam Pendidikan Projek Khas (PP1353)

 
SEMESTER II

Perakaunan Awalan II (PP2313)

Asas Matematik Pengurusan (PP2323)

Pemasaran (PP2333)

Mikroekonomi (PP2343)

Aplikasi Komputer Dalam Pendidikan (PP2353)
 

Penilaian Kursus

 
Penilain kursus ini adalah seperti berikut:
 
 
Jenis Penilaian
Peratus
Peperiksaan Akhir Bertulis
50
Kerja Kursus
50
 

Semua peserta kursus wajib lulus kedua-dua komponen penilaian di atas.
 

Syarat-syarat Kemasukan


Kembali